Saturday, May 19, 2012
Kembar Nora Danish Dijumpai?
Aku terima nikahnya Nora.. Ooii.. Hehe.. Sjaa nak promote drama bersiri terbaru Nora Danish..hampa semua perasaan tak wajah gadis dalam gambaq nie serupa dek Nora Danish? Haha.. pikir2 kan...
Sunday, May 13, 2012
Gambar Ummi Nazeera Yang Brutallly cute
Selamat Hari Ibu.. Gambar Selebriti & Ibu
Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu sejati yang telah banyak berkorban untuk anak-anaknya.. Kasih ibu sukar dibalas.. Di sini kita lihat gambar-gambar selebriti dengan ibu.. Sempena dengan Hari Ibu..
Saturday, May 12, 2012
Lisa Surihani Tak Sabar timang cahaya mata?
Wahh sungguh asyik Lisa melayan kerenah anak kecil ini.. Yusry pun begitu juga.. Agaknya Lisa tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri? Bila agaknya tu.. Nanti anak nama apa rll? Yusli? Hehe .. Pendek kepada yusry n lisa..
Friday, May 11, 2012
Sunday, May 6, 2012
Gambar Dafi Bermanja Dengan Kakak Nina Sabrina
Waktu bersama keluarga memang waktu yang best.. Bergurau manja, seronok selesa.. Lebih-lebih lagi bila ada kakak yang comel..
Saturday, May 5, 2012
Gambar-gambar Majlis Pernikahan Scha Alyahya dan Awal Ashaari
Comel dan simple jea baju pernikahan Scha Alyahya semalam. Takde polka dot, french lace.. Plain and simple .. Putih suci dan murni.. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.
Awal menyarungkan cincin nikah ke jari manis Scha.
Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.
Scha dan Awal tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim
Tuesday, May 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

















