Pages

Thursday, March 22, 2012

Siti Nur Fatihah Tak Diculik Disahkan Lari Ikut Kekasih oleh Polis!

Memang suspens dah kurang.. dah masuk anticlimax laa pulak nie..Siti Nur Fatihah,15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lalu ditemui selamat di sebuah rumah di Merchong dekat Pekan semalam.Fatihah ditemui selepas polis menahan seorang pemuda berusia 20-an di kawasan Merchong pada pukul 4.30 petang. Jarak lokasi mangsa hilang diTaman Tas, Kuantan dengan tempat mangsa diselamatkan kira-kira 100 kilometer. Sumber memberitahu selepas ditahan, lelaki yang dipercayai kekasih mangsa membawa polis kesebuah rumah yang menempatkan Fatihah. Rumah tersebut adalah milik keluarga lelaki itu. "Mangsa mengaku dia keluar dari rumahnya untuk mengikut lelaki itu dengan perasaan rela hati", kata sumber itu ketika dihubungi disini malam tadi. Siasatan mendapati lelaki yang ditahan itu merupakan kakitangan kerajaan yang bekerja di Alor Setar, Kedah dan pulang ke Pekan untuk bercuti. Difahamkan, kehilangan mangsa telah dirancang oleh pasangan tersebut dan tindakan Fatihah keluar ke kedai merupakan satu helah mangsa. Sehingga malam tadi, suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa pula akan dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan. Dalam pada itu, Nor Mala berkata, dia tidak percaya Fatihah dilarikan diri dari rumah kerana anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang taat kepada keluarga.

Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun. Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...